Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) - 11 September 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) September 2016 | Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) sebagai :

1. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41

2. PENGAJAR (PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN) U41

3. PENGAJAR (JURU X-TRA) U41

4. PENGAJAR (JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN) U41

5. LEFTENAN MUDA MARITIM T13

6. BINTARA MUDA MARITIM T5


Tarikh tutup permohonan 11 September 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong

LATAR BELAKANG
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."


Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong