Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) - 22 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) Ogos 2016 | Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

2. PENOLONG JURUTERA AWAM GRED JA29

3. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S29

4. PEMBANTU VETERINAR GRED G19

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

6. PEMBANTU OPERASI GRED N11

7. PENGHANTAR NOTIS GRED N11


Tarikh tutup permohonan 22 Ogos 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di spaj ogos 2016

SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah Perkhidmatan Awam Negeri Johor sebenarnya telah wujud sejak era pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (1855-1862). Baginda yang memerintah Johor pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Pesuruhjaya Muar dan Endau. Tugas utama jawatan ini adalah untuk membantu baginda di dalam urusan pentadbiran dan kewangan negeri Johor. 

Selepas perisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Sultan Ibrahim telah membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dengan pelantikan pegawai-pegawai baru pada tahun 1895. Di antaranya ialah Dato’ Muhammad Ibrahim Bin Munsyi Abdullah, Dato’ Bentara Dalam; Dato’ Mohamed Hassan Bin Dato’ Sri Setia Raja Tahir . Dato’ Jaafar Muhammad terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Johor manakala Engku Suleiman Bin Engku Daud sebagai Pesuruhjaya Negeri dalam Jajahan Muar. Dato’ Mohamed Mahbob dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Johor. Encik Ismail Bin Bachok menjadi Pesuruhjaya Polis di Muar. Jawatan baru telah diwujudkan seperti Ketua Perbendaharaan, Pesuruhjaya Ketua Polis Negara, Ketua Audit Negeri, Komandan Penjara dan akhirnya Ketua Jabatan Kerja Raya Johor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ditubuhkan berdasarkan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Tahun 1959 dan tertakluk kepada Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi mengendalikan urusan-urusan seperti Pelantikan, Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Rayuan Tindakan Tatatertib. Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dilantik dengan perkenan DYMM Sultan Johor. Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor 1959 telah melalui beberapa pindaan bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa serta sejajar dengan kemajuan dan pemodenan negara.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong