facebook SILA LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) Ogos 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) sebagai :

1. PEMANDU KENDERAAN H11 


Tarikh tutup permohonan 10 Ogos 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong majlis daerah sabak bernam ogos 2016


PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00.

(b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan yang telah disahkan daripada salinan asal; 

(c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.

(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
TINGKAT 5
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG

Advertisement