Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MP Jasin) - 12 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Jasin (MP Jasin) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MP Jasin) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 

2. PEMBANTU PENILAIAN W19

3. PEMBANTU AWAM H11

4. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong majlis perbandaran jasin (mp jasin) ogos 2016

CARA-CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin.

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana ketua kampung, JKKK atau Katua Jabatan).

(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Ogos 2016.
(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-
(i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
(iv) Tidak menandatangani borang permohonan

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong