Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 15 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan DIberikan kepada Anak negeri Melaka) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah  (MPAG) sebagai :

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41 

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 

4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 

5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 

6. PEMBANTU PENILAIAN W19 


Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan



CARA-CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

3. Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Kementerian Pendidikan Tinggi melalui laman web https://www.app.mohe.gov.my/iktiraf/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA 

CATATAN AM :
1. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
3. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
5. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong