Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) - 07 September 2016

Jawatan kosong di Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberi kepada anak tempatan Negeri Kedah) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan  berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PEGAWAI PENILAIANW41

3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Tarikh tutup permohonan 07 September 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. MULAI 31 OGOS 2016

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(a) Kad Pengenalan diri
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil persekolahan
(d) Kelulusan Akedamik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
(e) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)
(f) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
(g) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Temapatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
 Majlis Daerah Kubang Pasu
 Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
 06000 Jitra
 Kedah Darul Aman. 


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong