Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) - 21 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Ogos 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sebagai :

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

6. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29

7. PENGHANTAR NOTIS N11

8. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan 21 Ogos 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong majlis daerah kuala selangor (mdks) ogos 2016

BUTIRAN PERMOHONAN
1. Pemohon lahir di Negeri Selangor ; atau

2. Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor ; atau

3. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun ; dan

4. Pembuktian bagi mana-mana syarat di para 1, 2 dan 3 hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada
tanggungjawab pemohon sendiri.

5. Permohonan hendaklah menggunakan e-Mohon Jawatan secara atas talian dengan melayari laman web www.mdks.gov.my.

6. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan (attachment) seperti berikut :-

i) Salinan Kad Pengenalan ;
ii) Salinan Kelulusan Akademik (SPM, Sijil, Diploma, Ijazah );
iii) Resume Yang Lengkap

7. Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

8.  Maklumat penting kepada pemohon :

i) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap akan ditolak.
ii) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong