Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) - 01 September 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT N19

4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


Tarikh tutup permohonan 01 September 2016
Lokasi : Terengganu
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah  menggunakan Borang  MDHTR.1 yang  hendaklah dimuat  turun  di  laman  web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat  http://www.mdht.gov.my.

Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut:

i) Kad Pengenalan yang disahkan.
ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan.
iii) Diploma (Salinan keputusan peperiksaan/ transkrip TIDAK DITERIMA)
iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.

Permohonan daripada pegawai- pegawai  yang sedang berkhidmat dengan  Kerajaan hendaklah melalui Ketua  Jabatan  mengikut  Peraturan  18,  Peraturan - Peraturan  Pegawai  Awam  (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 20

Pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan di kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama permohonan tersebut. 

Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat - syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yangtidak lengkap tidak akan diproses).

Tarikh  Tutup  Permohonan  dan  Semua  permohonan  (termasuk  permohonan  melalui  pos) hendaklah diterima  oleh  MDHT  selewat ‐ lewatnya  sebelum  atau  pada 1  September  2016 (Khamis)  Jam  3.30 Petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut  tidak akan dipertimbangkan. Hanya  calon  yang  layak  selepas  tapisan  sahaja  akan  dipanggil  untuk  ditemuduga.  Mereka  yang  tidak dihubungi dalam tempoh  3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan  yang lengkap hendaklah dihantar  ke alamat seperti di bawah dan sila nyatakan jawatan 
yang dipohon di hujung kanan sampul surat :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong