Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 28 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ogos 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai :

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PEMBANTU AWAM H11

3. PEMBANTU MUZIUM S19

4. PEMBANTU OPERASI N11

5. PEMBANTU TADBIR 

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

7. PENOLONG AKAUNTAN W29

8. PENOLONG JURUTERA 

9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR

10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

11. PEGAWAI EHWAL EKONOMI

12. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

13. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) N11


Tarikh tutup permohonan 28 Ogos 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di mbpj ogos 2016

Latar Belakang
Pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan  penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan  pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penemapatan baru yang dikenali Petaling Jaya.

Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954.

Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 619,925 orang dan bilangan pegangan harta sebanyak 217,930. Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

Pentadbiran Majlis terdiri daripada 25 orang Ahli Majlis dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar. Ahli Majlis adalah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Datuk Bandar adalah seorang pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Datuk Bandar bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua Jabatan dalam menetapkan dan melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktiviti Majlis. Majlis meluluskan draf undang-undang Majlis dan membentuk polisi-polisi untuk dilaksanakan oleh jabatan.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong