facebook SILA LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ogos 2016 | Jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai :


1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 250 KEKOSONGAN

2. PEMERIKSA KERETA MOTOR AB19 - 24 KEKOSONGAN



Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ogos 2016


jawatan koosng di jabatan pengangkutan jalan (jpj) 2016

LATAR BELAKANG
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.

Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.



Advertisement