Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 17 Julai 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Julai 2016 | Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai :


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41


Tarikh tutup permohonan 17 Julai 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98).

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).

Syarat-syarat Lain
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan / Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.00; dan

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; 

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (En. Shamsul Razman, En. Mohd Rikzan, Pn Norazlina) /05-4506338 (Pn.Murni) / 05-4506339 (Pn. Anizan) atau e-mel    myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong