Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 22 Julai 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai :

1. JURUUKUR BAHAN J41


Tarikh tutup permohonan 22 Julai 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

CARA MEMOHON  :

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

ii. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

iv. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

vi. Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem  RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.

vii. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P  : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong