Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Sembilan - 31 Julai 2016

Jawatan kosong terkini di Lembaga Muzium Negeri Sembilan Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai :

1. PENOLONG JURUTERA JA29

2. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

3. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2016 
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Sembilan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
-Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin. 7/91 yang boleh didapati di Pentadbiran LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILANmatau dimuat turun di laman web ns.gov.my dan lmns.gov.my.

-Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional seperti berikut:-
i. Kad Pengenalan
ii. Sijil Kelahiran
iii. Sijil-sijil Peperiksaan Persekolahan / Politeknik.
iv. Sijil-sijil dan dokumen lain yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
v. Sekeping gambar terkini berukuran pasport diletakkan di sudut kanan Borang SPA.1 Pin. 7/91.
vi. Bagi calon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir Ibu/Bapa yang membuktikan kelahiran di Negeri Sembilan.

-Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 9“ x 13“.

i. Di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR YANG JELAS NAMA JAWATAN YANGDIPOHON.
ii. Di penjuru bawah sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis NAMA DAN ALAMAT PENUH PEMOHON.

-Permohonan daripada kakitangan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah di kemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut Perintah Am 21 Bab ‚A‘ – 1973 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2015.

-Calon dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja dengan menyatakan jurusan jawatan.

-Permohonan yang lewat dan tidak mengikut syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

-Hanya calon-calon yang akan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

-Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada :

Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Julai 2016. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong