Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah - 28 Julai 2016

Jawatan kosong terkini di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah sebagai :


1. Pengawal Keselamatan KP11


Tarikh tutup permohonan 28 Julai 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dbuat dengan menggunakan Borang yang boleh Dimuat turun dalam laman web : www.didkedah.gov.my

Pemohon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja yang diiklan dengan syarat mereka memenuhi syarat lantikan dan kelayakan yang ditetapkan.

Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan tetap, sementara dan kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan dalam Peraturanperaturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005 dan Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan permohonan itu bersama-sama dengan salinan KENYATAAN PERKHIDMATAN (disediakan, disahkan dan ditandatangani oleh pihak pejabat yang menyimpan Buku Perkhidmatan ) dan salinan LAPORAN PENILAIAN PRESTASI. Permohonan calon-calon tanpa disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi dianggap tidak lengkap dan tidak akan diberi pertimbangan.

Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama-sama borang permohonan;
a) Sekeping gambar (terbaru) berukuran passport
b) Kad Pengenalan
c) Sijil Pendaftaran/Sijil Lahir
d) Sijil Berhenti Sekolah
e) Sijil Persekolahan
f) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Sulit yang terkini bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan

Borang Permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disahkan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan sampul surat berukuran 229mm x 423mm Dipenjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis HURUS BESAR yang jelas, NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat berkut sebelum atau pada 28 Julai 2016

PENGARAH,
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
TINGKAT 7, BANGUNAN SULTAN ABDUL HALIM,
JALAN SULTAN BADLISHAH,
05000 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong