Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Akademi Binaan Malaysia (ABM) - 15 Julai 2016

Jawatan kosong terkini di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Akademi Binaan Malaysia (ABM) sebagai :

1. PEMBANTU PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN (UNIT KAD HIJAU)


JOB DESCRIPTION
Kami adalah sebuah Institusi latihan dan penilaian  di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan kursus – kursus kemahiran berkaitan industri pembinaan di Malaysia. Kami sedang mencari seorang yang berkelayakan, dinamik  dan inovatif  untuk mengisi jawatan seperti di atas.

SYARAT KELAYAKAN:
  • Warganegara  Malaysia
  • Memiliki  SPM  (Minima ) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Memiliki Sijil Kehadiran Kursus Keselamatan & Kesihatan (sekurang-kurangnya) dari pusat latihan yang ditauliah oleh JKKP
  • Berumur  lebih dari 20 tahun  hingga 30 tahun.
  • Mahir  menggunakan  komputer  terutamanya perisian  Microsoft Office.
  • Mempunyai  pengalaman  bekerja  tidak  kurang  2 tahun.
  • Keutamaan  diberikan  kepada  calon lelaki.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
  • Memasukkan data dan memuatnaik dokumen  berkaitan Kursus  Induksi Keselamatan dan Kesihatan Bagi Pekerja Binaan ke dalam sistem SMB CIDB
  • Mengemaskini,  melaksanakan proses dokumentasi  termasuk menyediakan  Sijil berkaitan kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Pekerja Binaan 
  • Membantu    dalam perancangan  dan promosi kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Pekerja Binaan
  • Membantu Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan menyediakan minit mesyuarat, mengemaskini maklumat dan   dokumen berkaitan  isu-isu keselamatan dan kesihatan.
  • Lain-lain tanggungjawab yang  diarahkan  dari  semasa  ke semasa.
Sila hantar permohonan dan resume yang lengkap (kelayakan, pengalaman, salinan  sijil) kepada :
KETUA PEGAWAI OPERASI
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (SELANGOR) SDN BHD
LOT 8, SEKSYEN 91, JALAN CHAN SOW LIN
55200 KUALA LUMPUR  

Tarikh tutup permohonan 15 Julai 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong Akademi Binaan Malaysia

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong