Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini MARDI - 13 Jun 2016

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh MARDI sebagai:

1. Penolong Pegawai Penyelidik Q27

Majikan : MARDI
Alamat : MARDI Kota Bharu, Peti Surat 154, 15710 Kota Bharu, Kelantan.

Deskripsi/ Tugasan:

1. Melaksana operasi pembangunan teknologi peningkatan skala;

2. Melaksana operasi pemindahan/promosi/ pengkomersilan teknologi (TOT);

3. Melaksana operasi pembangunan bisnes;

4. Melaksana operasi projek/ ujikaji penyelidikan/ analisis makmal;

5. Kompilasi,verifikasi dan analisis asas data;

6. Membantu merancang operasi projek/ uji kaji;

7. Membimbing dalam bidang kemahiran dan sebagai sumber rujukan;

8. Melaksana urusan-urusan lain yang ditentukan oleh Institut.

Syarat dan kelayakan :


- Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh lantikan;

- Kepujian subjek Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

- Calon bagi lantikan hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kelayakan seperti berikut:-

i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains; atau
ii) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv) Diploma Sains Vaterina/Haiwan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf jawatan: Kontrak (CFS)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)


Cara Memohon :

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 yang boleh didapati di kaunter pentadbiran MARDI Kota Bharu dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. Semua permohonan dikehendaki dimasukkan di dalam sampul dan dicatatkan jawatan dipohon di sebelah ATAS KIRI sampul dan dikemukakan ke alamat seperti berikut:

Pengurus
MARDI Kota Bharu
KM10 Jalan Pasir Puteh-Pasir Tumbuh
15710 Kota Bharu, Kelantan.


Negeri : Kelantan
Sektor : Badan Berkanun/Kerajaan
Tarikh tutup permohonan pada 13 Jun 2016
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong