Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini di MdMachang - 30 Jun 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Machang (MdMachang) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Machang (MdMachang) sebagai :

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

2. PEMBANTU AWAM GRED H11


Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini di MdMachang

CARA MEMOHON 
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Machang, Kelantan. Sila hantar permohonan anda ke alamat berikut :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Machang,
Jalan Tok Kemuning,
18500 Machang, Kelantan.

UMUR
1. Calon-calon lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

AM
1. Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamantan Perkhidmatan) 2009 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2013, 2014 & 2015. Bagi bekas tentera laporan Bad D 92A dan 92D hendaklah dilampirkan. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.

2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, salinan-salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan sampul surat berukuran 22cm x 11cm beralamat sendiri serta bersetem 60 sen.

3. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

5. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

6. Pemohon bekas tentera hendaklah yang tidak menerima pencen sahaja.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong