Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pengurus Jualan - 24 Jun 2016

Jawatan kosong terkini di FINE JOTS Sdn Bhd. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh FINE JOTS Sdn Bhd sebagai:

1. PENGURUS JUALAN

Majikan : FINE JOTS Sdn Bhd
Alamat : 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Deskripsi/ Tugasan:
Skop Tugas & Tanggungjawab Asas:

1. Melakukan jualan dengan kaedah-kaedah tertentu.

2. Bertemu dengan bakal pelanggan (prospek).

3. Menyediakan laporan gerak kerja dan pencapaian jualan.

4. Berhubung (menjaga hubungan) dengan pelanggan-pelanggan sedia ada.

5. Mengurus pasukan jualan.

6. Bertanggungjawab memastikan sasaran jualan dicapai.


Kelebihan bekerjaya di FINE JOTS SDN BHD:


1. Latihan disediakan untuk memantapkan kemahiran sedia ada anda.

2. Caruman EPF & SOCSO.

3. Elaun khas seperti telefon dan kenderaan.

4. Bonus pencapaian.

5. Komisen jualan.

6. Berpeluang naik jawatan kepada manager (pengurus) jika prestasi memuaskan.

7. Peluang-peluang lain dari semasa ke semasa.

Syarat dan kelayakan :

1. Boleh bermula segera. Sasaran kemasukan segera dalam bulan Julai 2016.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang jualan.

3. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Diploma dalam mana-mana bidang.

4. Kelulusan akademik tidak begitu diambil kira namun ia satu kelebihan. Kami mahukan individu yang berkemahiran, sikap yang positif, boleh berdikari dan mempunyai kesungguhan untuk sama-sama memajukan syarikat.

5. Mempunyai kemahiran komunikasi dan pembentangan yang baik. Anda akan diuji kemahiran pembentangan semasa sesi temuduga.

6. Suka melakukan kerja-kerja jualan di luar dan bertemu pelanggan.

Cara Memohon :
Hantarkan resume anda ke emel salamfj@finejots.com.my

Negeri : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta
Tarikh tutup permohonan pada 24 Jun 2016

FINE JOTS Sdn Bhd


About FINE JOTS Sdn Bhd

FINE JOTS Sdn Bhd (1024587-W) adalah sebuah syarikat yang luas bidangnya. Kami buat masa ini memfokus kepada beberapa segmen perniagaan seperti pemborongan, pengedaran, jualan terus, dan latihan perniagaan.

Bidang yang kami fokus buat masa ini seperti wellness & beauty dan teknologi maklumat.
Pada asasnya, kami adalah sebuah syarikat yang memfokus kepada jualan secara online atau dipanggil sebagai e-commerce.

**Perhatian : Info jawatan kosong yang diklankan ini telah diposkan melalui borang iklan jawatan kosong. Pemohon adalah dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu info jawatan kosong ini sebelum membuat sebarang permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak FINE JOTS Sdn Bhd ini.  Sekiranya terdapat penipuan atau keraguan pada iklan jawatan kosong ini, sila hantarkan mesej anda ke facebook kami di https://www.facebook.com/jawatankosongkerajaanonline/ untuk tindakan lanjut. Bagi mana-mana majikan yang ingin mengiklankan info jawatan kosong sila isi borang permohonan jawatan kosong di http://ejobskini.blogspot.my/p/tos.html .
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong