Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MdTanahMerah) - 30 Jun 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Tanah Merah (MdTanahMerah) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di  Majlis Daerah Tanah Merah (MdTanahMerah) sebagai :

1.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

2.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

3.PEMANDU KENDERAAN H11

4.PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2016 
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MdTanahMerah)

CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanah Merah dengan harga RM3.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanah Merah beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan sahaja.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai - pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi.

e.Alamat Permohonan :           

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH  
17500 TANAH MERAH                                             
 KELANTAN

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong