Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - 11 Julai 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai :

1. PEGAWAI HAL-EHWAL ISLAM S41

2. PENOLONG PEGAWAI HAL-EHWAL ISLAM S27

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29 

6. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT27

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17 - 09 KEKOSONGAN

8. PEMBANTU HAL-EHWAL ISLAM S17 - 07 KEKOSONGAN

9. PEMBANTU AKAUNTAN W17

10. JURUTEKNIK ELEKTRIK J17

11. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh tutup permohonan 11 Julai 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

JAWATAN KOSONG DI MAIM 2016

CARA MEMOHON :
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari Kaunter Majlis Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka, Aras 1, Bukit Palah, 75400 Melaka atau boleh dimuat turun di Laman Web : http//.www.maim.gov.my.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

v. Permohon hendaklah mengisi satu borang permohonan untuk satu jawatan sahaja, sekiranya berminat untuk memohon lebih dari satu jawatan, pemohon hendaklah mengisi borang permohanan yang lain. Selain itu, pemohon juga dikehendaki mengisi nama jawatan dan gred di borang perhonan jawatan.

vi. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Aras 1, Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.
(U.P : Bahagian PSM dan Penerbitan MAIM)
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai 2016 (Isnin)

CATATAN AM :
a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.
b. MAIM tidak akan menanggung sebarang tuntutan perbelanjaan apabila dipanggil untuk temuduga.
c. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong