Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jurubahasa (Sambilan) di Mahkamah Persekutuan Malaysia - Terbuka sepanjang masa

Jawatan kosong terkini di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia sebagai:

1. Jurubahasa (Sambilan)

Majikan : Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Alamat : Bahagian Sijil Amalan Guaman, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Deskripsi/ Tugasan:

Bertugas menterjemah bahasa-bahasa berikut ke di dalam Mahkamah:

BAHASA YANG DIPERLUKAN:

1. Bangladesh
2. Thailand
3. Vietnam
4. Myanmar
5. Filipina
6. Sri Langka
7. Parsi
8. Kemboja
9. Nigeria
10. Arab
11. Pakistan
12. Jerman
13. Perancis
14. Jepun
15. Romania
16. Sepanyol
17. Indonesia
18. Mongolia
19. Korea
20. Nepal
21. India (Hindi/Telegu)
22. Dialek Sabah/Sarawak
23. Filipina (Tagalog/Yakan)

Kemudahan yang ditawarkan:


1. Elaun Jurubahasa dari RM80-RM300 sejam
2. Elaun perjalanan RM2.00 sekilometer mengikut jarak yang ditetapkan
3. Elaun penginapan RM160.00 sehari
4. Elaun kapal terbang sebanyak RM1,000.00 bagi Sabah/Sarawak.

Syarat dan kelayakan :

1. Terbuka kepada warganegara/bukan warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Boleh menterjemah Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris kepada bahasa asing yang diperlukan.

Cara Memohon :


Sila emelkan resume, salinan kad pengenalan, visa, permit kerja, salinan Diploma/Ijazah dan dokumen yang berkaitan kepada: bah.sa@kehakiman.gov.my

Calon yang layak akan dihubungi melalui panggilan telefon untuk menghadiri temuduga pengambilan. Sebarang pertanyaan sila hubungi:

1. 03-88804033 (Pn.Suzie)
2. 03-88809507 (Cik Iza)
3. 03-88804020 (Pn. Ikin)
4. 03-88804032 (Cik Mira)


Negeri : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Tarikh tutup permohonan pada Terbuka sepanjang masa



Info Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia


Pejabat Ketua Pendaftar sebelum ini adalah merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Pada 2 Mei 1996 Kerajaan telah memutuskan supaya Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dijadikan sebuah Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berikutan dengan itu mulai 1 Julai 1996, Pejabat Ketua Pendaftar telah beroperasi sebagai satu Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pejabat Ketua Pendaftar diketuai oleh Ketua Pendaftar yang bertanggungjawab untuk mentadbir mahkamah seluruh Malaysia. Struktur mahkamah di Malaysia terbahagi kepada empat (4) iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah Rendah yang merangkumi Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Juvana. Pada tahun 1994 sebuah mahkamahlagi diwujudkan iaitu Mahkamah Khas yang mengendalikan kes-kes yang melibatkanRaja-Raja Melayu. Mahkamah ini tidak termasuk di dalam struktur mahkamah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Pejabat Ketua Pendaftar.

**Perhatian : Info jawatan kosong yang diklankan ini telah diposkan melalui borang iklan jawatan kosong. Pemohon adalah dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu info jawatan kosong ini sebelum membuat sebarang permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ini. Sekiranya terdapat penipuan atau keraguan pada iklan jawatan kosong ini, sila hantarkan mesej anda ke facebook kami di https://www.facebook.com/jawatankosongkerajaanonline/ untuk tindakan lanjut. Bagi mana-mana majikan yang ingin mengiklankan info jawatan kosong sila isi borang permohonan jawatan kosong di http://ejobskini.blogspot.my/p/tos.html .
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong