Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lipis (MDL) - 27 Jun 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Lipis (MDL) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Lipis (MDL) sebagai :

1. PEMBANTU OPERASI N11


Tarikh tutup permohonan 27 Jun 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan koosng di majlis daerah lipis

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT :-

(a.) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL/JKP/JAWAT 01/02 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis, Kompleks Pejabat Kerajaan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur dan boleh muat turun borang ini
di Laman Web MDL iaitu www.mdlipis.gov.my.

(b.) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut : -
(i.) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm
(tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat);
(ii.) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
(iii.) Salinan surat beranak;
(iv.) Salinan Kad Pengenalan Bapa/Ibu;
(v.) Salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi;
(vi.) Lain-lain sijil yang berkenaan.

(c.) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH.

(d.) Calon-calon yang memohon Borang MDL/JKP/JAWAT 01/02 melalui pos dan borang muat turun dari laman web MDL mestilah menyertakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem RM 1.00. Sampul surat itu hendaklah ditulis NAMA JAWATAN DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SAMPUL SURAT.

(e.) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti
dibawah:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LIPIS
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR.
( U/P : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN )


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong