Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong di JAIK - 12 Julai 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) sebagai :


1. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh tutup permohonan 12 Julai 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di JAIK julai 2016

CARA MEMOHON
8.1 Permohonan hendaklah dbuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di alamat http://www.jaik.gov.my

8.2. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja yang diiklan dengan syarat mereka memenuhi syarat lantikan dan kelayakan yang ditetapkan.

8.3 Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

8.4. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan tetap, sementara dan kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan dalam Peraturanperaturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan permohonan itu bersama-sama dengan salinan KENYATAAN PERKHIDMATAN (disediakan, disahkan dan ditandatangani oleh pihak pejabat yang menyimpan Buku Perkhidmatan) dan salinan LAPORAN PENILAIAN PRESTASI. Permohonan caloncalon tanpa disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan
salinan Laporan Penilaian Prestasi dianggap tidak lengkap dan tidak akan diberi pertimbangan.

8.5. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama-sama borang permohonan;

a) Salinan keputusan peperiksaan SRP/PMR dan sebagainya
b) Sekeping gambar (terbaru) berukuran pasport
c) Kad Pengenalan
d) Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Lahir
e) Sijil Berhenti Sekolah
f) Sijil Persekolahan
g) Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi permohonan jawatan Pemandu Kenderaan sahaja
h) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan

8.6. Borang Permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil dan dokumen-dokumen yang lain berkaitan dengan setem yang mencukupi.

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat berukuran 229mm x 423mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi;
b) Di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas, NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

8.7. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YANG BERBAHAGIA,
PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA
05676 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong