Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong di BERNAMA (Kuala Lumpur) - 20 Jun 2016

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai:

1. PENGAWAL KESELAMATAN
2, PENJADUAL TRAFIK
3. JURU ADUN VISUAL

1. PENGAWAL KESELAMATAN
Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
  • Mempunyai kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP) serta kepujian di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat PMR/PT3/SRP; atau
  • Bekas Konstabel Polis atau Prebet Tentera yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
  • Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 79sm bagi keadaan biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Mempunyai penglihatan, pengecaman warna dan pendengaran yang baik.

Calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi bersama salinan Kad Pengenalan dan gambar berukuran passport ke alamat berikut :

Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

2. PENJADUAL TRAFIK
Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya;
  • Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer (Microsoft Office);
  • Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman kerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi bersama salinan Kad Pengenalan dan gambar berukuran pasport pada atau sebelum Isnin, 20 Jun 2016 ke alamat berikut:

Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

3. JURU ADUN VISUAL
Kelayakan:

  • Mempunyai Ijazah / Diploma dalam bidang Komunikasi Massa/Penyiaran atau mana-mana bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ;
  • Berpengalaman dalam bidang Juru Adun Visual selama dua (2) tahun;
  • Memahami urusan pengarahan studio dan penerbitan teknikal.

Calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi bersama salinan Kad Pengenalan dan gambar berukuran pasport pada atau sebelum Jumaat, 17 Jun 2016 ke alamat berikut:

Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

Jawatan Kosong di BERNAMA


Tarikh tutup permohonan 17 & 20 Jun 2016
Sektor : Swasta/Berkanun
Lokasi : Kuala Lumpur

Iklan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong