Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pengambilan Perajurit Muda Udara (Lelaki) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2016

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

KELAYAKAN AKADEMIK
1. SPM/SVM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam bidang tertentu* (Rujuk Jadual Senarai Diploma) dan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KELAYAKAN LAIN
1. Umur. Hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2017.

2. Tahap Kesihatan. Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecerderaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh 2 tahun kebelakangan, tidak mengidap penyakit Asma/Lelah atau penyakit kronik yang lain.

3. Tahap Penglihatan. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa mengunakan kaca mata atau kanta lekap/sentuh dan memiliki pengecaman warna yang sempurna.

4. Tahap Pendengaran. Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pendengaran.

5. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:
 a. Berat Badan Minimum. Lelaki – 47.5 kg
 b. Ketinggian Minimum. Lelaki – 1.62 m
 c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25. Cara pengiraan:
 BMI = _____Berat (kg)_____
 Tinggi (m) x Tinggi (m)
 d. Ukuran Dada Minimum. Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).

6. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.
7. Sukan. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Tarikh tutup permohonan 31 Ogos 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Pengambilan Perajurit Muda Udara (Lelaki) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2016

CARA PERMOHONAN
1. Secara atas talian. Permohonan menggunakan sistem atas talian sepenuhnya. Calon yang memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan boleh memohon secara atas talian di pautan laman sesawang berikut: www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login

KETERANGAN LANJUT
Laman Sesawang Rasmi : www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini
Facebook Page (Interaktif) : www.facebook.com/kerjayatudm
No Tel : 03-2681 2412/2414

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong